Ali bin Abi Talib r.a berkata
'Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk  bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba  datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata  ' Ya Muhammad,  kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh  Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para  Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'
Lalu Rasullullah  S.A.W. bersabda 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi 'Sila  terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas  umatmu.'
Sabda Rasullullah S.A.W.
'Sembahyang Zuhur jika  tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya,
Sembahyang  Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi,
Sembahyang  Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka  setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia  berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan  permintaannya.
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan  oleh para Rasul-Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum  terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara  dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'
Setelah  orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka  berkata 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah  kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
Rasullullah  S.A.W bersabda 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang  pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam,  orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan  diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda  Rasullullah S.A.W. lagi 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana  Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan  sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Setelah  itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud 'Jagalah waktu-waktu  sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang  Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang  mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta  sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan. '
Sabda  Rasullullah S.A.W. 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah  sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang  berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya'  berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan  diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'
Sabda  Rasullullah S.A.W. seterusnya 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin  yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah,  diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu
1. Dibebaskan dari  api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah orang Yahudi  mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata 'Memang  benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan  pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari  ke atas umatmu'.
Sabda Rasullullah S.A.W. 'Ketika Nabi Adam  memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam  perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke  atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan  diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'
Kata  orang Yahudi 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan  itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari  puasa itu.'
Sabda Rasullullah S.A.W. 'Seorang hamba yang berpuasa  dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi  oleh Allah S.W.T. tujuh perkara
1. Akan dicairkan daging haram  yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang  haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh  Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5.  Diringi baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6.  Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang  titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata  orang Yahudi 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada  kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'
Sabda Rasullullah  S.A.W. 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan  umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan  memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang  Yahudi 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui  dengan ucapan Asyhadu Allaa illaaha illallah, wa ashhadu annaa  Muhammadar Rasuulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan yang kami sembah  melainkan Allah dan engkau adalah utusan Allah).'
'Dan  sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit  ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah  berita gembira kepada orang2 yang sabar.'
(Al-Baqarah  155)
source:
 
No comments:
Post a Comment